Wednesday, 9 May 2012

Sampah Sarap


Pertumbuhan ekonomi di Asia telah meningkatkan taraf kehidupan penduduknya. Pertumbuhan ini
juga membawa kepada penggunaan sumber semula jadi yang lebih besar dan penguasaan persekitaran untuk keperluan industri, bisnes dan aktiviti sosial.Pengurusan sampah sering mengalami masalah.Pembuangan sampah yang tidak diurus dengan baik, akan mengakibatkan masalah besar.Selain daripada itu pembakaran sampah juga mengakibatkan pencemaran udara dan pembuangan sampah ke sungai akan mengakibatkan pencemaran air, tersumbatnya saliran dan banjir.

Maksud Sampah

Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sampah ditakrifkan sebagai suatu bahan buangan,samaada dalam bentuk pepejal, cecair atau dalam bentuk gas atau wap yang dilepaskan,dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekeliling yang akan menyebabkan pencemaran (Laws of Malaysia 1998).



Cara-cara mengatasi masalah sampah sarap

Kitar semula

  1. Kitar semula ialah sebagai penjanaan semula bahan untuk kegunaan semula jadi atau lain-lain.
  2. Kepentingan KITAR SEMULA yang berasaskan kepada tiga SEBAB iaitu:
  3. Pengitaran semula bahan buangan ialah bagi memulihkan bahan buangan untuk digunakan kembali. 
  4. Proses mengitar semula bahan buangan boleh menyebabkan penjimatan tenaga dibandingkan dengan pengeluaran bahan tulen yang sama. 
  5. Pengitaran semula dapat mengurangkan kuantiti sampah sarap yang perlu pelupusan akhir yang mengurangi kerosakan alam sekitar. Penimbusan sampah sarap di tanah lapang boleh mencemarkan air bawah tanah melalui kebocoran cecair sampah sarap dan pencemaran udara melalui gas metana yang terjana oleh penghuraian bukan organik dalam tanah tersebut. 

Kesimpulannya,jika sampah-sampah ini tidak diuruskan dengan baik,ia akan menjadi lebih teruk dan akan memudaratkan kesihatan kita semua.Oleh itu,marilah kita semua menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan KEINDAHAN BUMI KITA,agar tidak menjadi seperti ini:-






No comments:

Post a Comment